Pada Malam Jumaat yang baru lalu - 8 Mac 2013, masa balik surau selepas solat isyak ada seekor anak kucing dalam longkang. Ikmal tangkap dan minta bawa balik. Kesian sungguh... badan penuh selut. Ayah fikir boleh juga.. boleh jadikan teman si Sky yang kesunyian setelah kematian Snow. Tak pasti jantina... agak2nya betina kot. Takpelah ... bela je lah.
Mukanya seakan2 Snow yang mati hari tu, bulunya campuran putih(Snow) dan oren(Niki), jadi elok je kami gabungkan jadi Snowki... hehe.
Esok genap sebulan Sky tinggal dengan kami. Nampaknya badannya semakin antap. Kematian Snow nampaknya semakin dapat dilupakan (agak2 lah) kerana selepas kematian Snow tempohari, dia kelihatan agak murung, almaklum abang yang selalu menjadi teman sepermainan dan berlawan dah tiada. Mudah2an dia dapat melalui saat2 sukar dan sedikit demi sedikit melupakannya ditambah ada adik baru ni si Snowki.
Sayang sungguh Sky pada Snowki. Bukan saja menjadi kawan sepermainan tetapi seolah2 anaknya pula walaupun dia sendiri masih dalam kategori anak kecil. Bukan saja tidur malam dipeluknya, bahkan dialah yang sentiasa membersihkan adik barunya ini.
Semoga kedua2nya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.... ok itu saja untuk kali ini.
My Pets
Sunday, March 10, 2013
Lucida Terbang Bebas
Petang tadi mak beli sangkar baru yang lebih besar untuk burung2 budgie dan sangkar budgie akan digunakan untuk Rocky The Cockatiel. Bila buka pintu nak keluarkan tempurung kelapa@ tempat main si budgie cepat jer si-Lucida terbang keluar. Dalam keadaan kelam kabut mak dan ayah tak sempat tangkap... ermmm.... geramnya. Semoga Lucida berjaya mengharungi kehidupan bebas diluar sana. Sekarang budgie tinggal 5 ekor jer. Selamat tinggal disangkar baru ye!
Thursday, February 28, 2013
Selamat Tinggal Snow
بسم الله الرحمن الرحيم
Sehari dua ni hanya dikhabarkan dengan berita kematian jer. Semalam 2 ekor anak burung mati yang gagal diselamatkan... AllahuAkbar... besar ujian kesabaran khususnya untuk ayah.
Petang semalam Snow dan Sky dimandikan dimulai dengan snow kemudian sky. Lepas mandi kedua2nya baru berbau wangi shampoo dan nampak bersih almaklumlah kedua2nya semakin aktif bergusti tak kira masa dan tak kira tempat. Paling berseri adalah Snow, bukan sahaja bulunya nampak bersih tetapi tahi mata pun dah tiada... sungguh nampak comel sekali bila segala2nya bersih.
Bila kedua2nya siap dikeringkan kedua2nya bergusti sakan dan satu perkara yang jarang dilakukan ialah Snow menjilat Sky (telahan kami mungkin Snow adalah abang kerana hampir 3 minggu tinggal bersama kami, badan Snow jauh lebih cepat membesar berbanding Sky). Sayang sungguh nampaknya si Snow pada Sky, sampaikan tiap kali lepas bergusti dia akan jilat badan Sky hinggalah hari ini.
Petang tadi ayah kelam kabut nak tukar pelampung tangki air... asyik tak menjadi jer. Ingatkan paip utama berdekatan meter sudah ditutup kuat, rupa2nya air masih keluar dengan laju ditangki atas. Pemasangan tidak kemas pelampung baru akibat daripada tidak menggunakan 'white tape' (ingatkan ada stok lama dalam tool box) menyebabkan air bersemburan hingga membasahkan syiling dan menitis ke tangga dan ruang tamu. Habis basah rumah. Turun bawah tutup semula paip utama berdekatan meter air dan semua nampak tak ada lagi air mengalir. Nampak Snow pergi buang hajat dan Sky menghabiskan sisa2 makanan. Sebelum tu, kedua2nya bermain2 dengan emak kat laman rumah.
Jam sudah 5:20pm, masih sempat lagi kalau pergi kedai hardware cari white tape untuk siapkan kerja2 tukar pelampung tangki air. Emak dah masuk rumah. Ayah juga masuk rumah kerana nak ambil baju, dompet dan kunci kereta. Sky dan Snow masih diluar, sudah tentu tempat makan.
Dalam keadaan tergesa2 kerana nak mengejar masa, kerana biasa kedai hardware tutup sekitar jam 5:30pm atau 6:00pm... masuk kereta terus undur ... geduk..geduk.. bunyi tayar kereta... alamak .. paip getah ke anak kucing. Pelan2 undur lagi sampai kereta keluar pagar.... MasyaAllah... Snow sudah tergolek menggelupur pelan manakala Sky bertempiaran lari. Allahhhhhhh.... bila-masa lah pulak diorang ni main kat bawah kereta.. tadi elok jer duk kat tempat makan dan tempat buangan. MasyAllah. 'Maaaa.... Maaaa... ' pekik ayah. 'Ya', jawab emak. 'Snow dah mati!!!!... kena langgar!!!', jawab ayah lagi.... 'Allahhhhhhhh.... baru main dengan Ma tadi, baru nak buat susu, kenapa tak tengok.... ' jerit mak sambil berlari kearah ayah dan Snow sambil menangis.....
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ begitulah kesudahan kisah Snow.. belum pun sampai 3 minggu bersama kami, tapi dia pergi dulu. Allah pinjamkan sekejap saja pada kami, belum sempat kami memberikan kasih sayang sepenuhnya padanya, tapi dia ditakdirkan pergi dulu.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )
Semoga semuanya bersabar dan jangan marah ayah kerana kecuaian, terimalah dan redholah dengan ajalnya. Cuma kematiannya agak tragis. Kakak Nur Nadhirah khususnya yang mula2 memandikan dan menamakan Snow jangan bersedih lagi seperti kematian Niki dulu. Kakak hanya memandikan sekali dan sekadar memberikan nama kemudian balik asrama. Begitu juga Abang Iskandar tak perlu bersedih kerana abang tak lama dengan diorang, tetapi orang yang banyak bersama dengannya adalah ayah dan ahli keluarga kat rumah ni. Tabahkan hati apabila membaca coretan ayah ini.
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )
Semoga semuanya bersabar dan jangan marah ayah kerana kecuaian, terimalah dan redholah dengan ajalnya. Cuma kematiannya agak tragis. Kakak Nur Nadhirah khususnya yang mula2 memandikan dan menamakan Snow jangan bersedih lagi seperti kematian Niki dulu. Kakak hanya memandikan sekali dan sekadar memberikan nama kemudian balik asrama. Begitu juga Abang Iskandar tak perlu bersedih kerana abang tak lama dengan diorang, tetapi orang yang banyak bersama dengannya adalah ayah dan ahli keluarga kat rumah ni. Tabahkan hati apabila membaca coretan ayah ini.
Cuma yang kesiannya sekarang adalah Sky, kerana tiada lagi teman dan kawan untuk bermain... kesian sungguh tengok Sky. Semoga Allah panjangkan umurnya untuk bersama2 kami sekeluarga.
p/s: Sejak kali pertama tangkap gambar Snow dan Sky hingga kini belum ada lagi gambar2 terbaru kerana ayah ingat nak tunggu bagi besar sikit, tunggu bulu lebat baru nak tangkap semula. Dah tak ada rezeki nak buat kenangan gambar2 Snow dan Sky bermain2 dan bergusti.
Wednesday, February 27, 2013
Perginya Si Pipit
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Anak pipit akhirnya menyusul pemergian si merbok. Tak dapat dipastikan pukul berapa mati, mungkin tengahari. Kedua2nya ditanam disebelah kanan kubur Niki. Takde gambar..
Perginya Si Merbok
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Pergi juga si merbok.... Balik dari surau solat subuh tadi nampak macam ok jer walaupun kelihatan agak lesu. Tak pasti samada makan atau tidak kerana pagi semalam sebelum kena balun dengan budgie nampak makan ok jer. Kalau tengok dari rupa melecet tu macam boleh sembuh, tapi pengalaman yang lalu menunjukkan biasanya kalau kena terkam di kucing alamat umur tak panjang lah. Mungkin luaran nampak ok, tapi dalaman kita tak tahu atau mungkin juga kerana disebabkan oleh bisa gigitan dan kesan cengkaman kuku kucing. Dia menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 07:30am 27 Feb 2013. Takde gambar ...malas nak tangkap.
Tuesday, February 26, 2013
Merbok Kena Balun
Kesian kat merbok kena balun dengan budgie. Tak perasan bila masa depa duk pakat balun... pagi tadi nampak ok jer ... habis darah2 kat belakang.... terpaksa buat pengasingan.. mudah2an selamat.
Monday, February 25, 2013
Burung Merbok
Petang tadi satu lagi sesi menyelamat dilaksanakan. Kali ni burung merbok pula yang ditangkap oleh kucing adik ipar @ paksu. Kesian ... sebahagian besar bulu2 kat belakang dah habis tercabut, tapi takdelah sampai terkoyak kulit.... cuma nampak macam melecet je. Paksu dah letak ubat gamat, kira oklah kot. Buat sementara ni kami letakkan dalam sangkar burung budgie. Harap2 dia boleh hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)