Pada Malam Jumaat yang baru lalu - 8 Mac 2013, masa balik surau selepas solat isyak ada seekor anak kucing dalam longkang. Ikmal tangkap dan minta bawa balik. Kesian sungguh... badan penuh selut. Ayah fikir boleh juga.. boleh jadikan teman si Sky yang kesunyian setelah kematian Snow. Tak pasti jantina... agak2nya betina kot. Takpelah ... bela je lah.
Mukanya seakan2 Snow yang mati hari tu, bulunya campuran putih(Snow) dan oren(Niki), jadi elok je kami gabungkan jadi Snowki... hehe.
Esok genap sebulan Sky tinggal dengan kami. Nampaknya badannya semakin antap. Kematian Snow nampaknya semakin dapat dilupakan (agak2 lah) kerana selepas kematian Snow tempohari, dia kelihatan agak murung, almaklum abang yang selalu menjadi teman sepermainan dan berlawan dah tiada. Mudah2an dia dapat melalui saat2 sukar dan sedikit demi sedikit melupakannya ditambah ada adik baru ni si Snowki.
Sayang sungguh Sky pada Snowki. Bukan saja menjadi kawan sepermainan tetapi seolah2 anaknya pula walaupun dia sendiri masih dalam kategori anak kecil. Bukan saja tidur malam dipeluknya, bahkan dialah yang sentiasa membersihkan adik barunya ini.
Semoga kedua2nya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.... ok itu saja untuk kali ini.
Sunday, March 10, 2013
Lucida Terbang Bebas
Petang tadi mak beli sangkar baru yang lebih besar untuk burung2 budgie dan sangkar budgie akan digunakan untuk Rocky The Cockatiel. Bila buka pintu nak keluarkan tempurung kelapa@ tempat main si budgie cepat jer si-Lucida terbang keluar. Dalam keadaan kelam kabut mak dan ayah tak sempat tangkap... ermmm.... geramnya. Semoga Lucida berjaya mengharungi kehidupan bebas diluar sana. Sekarang budgie tinggal 5 ekor jer. Selamat tinggal disangkar baru ye!
Thursday, February 28, 2013
Selamat Tinggal Snow
بسم الله الرحمن الرحيم
Sehari dua ni hanya dikhabarkan dengan berita kematian jer. Semalam 2 ekor anak burung mati yang gagal diselamatkan... AllahuAkbar... besar ujian kesabaran khususnya untuk ayah.
Petang semalam Snow dan Sky dimandikan dimulai dengan snow kemudian sky. Lepas mandi kedua2nya baru berbau wangi shampoo dan nampak bersih almaklumlah kedua2nya semakin aktif bergusti tak kira masa dan tak kira tempat. Paling berseri adalah Snow, bukan sahaja bulunya nampak bersih tetapi tahi mata pun dah tiada... sungguh nampak comel sekali bila segala2nya bersih.
Bila kedua2nya siap dikeringkan kedua2nya bergusti sakan dan satu perkara yang jarang dilakukan ialah Snow menjilat Sky (telahan kami mungkin Snow adalah abang kerana hampir 3 minggu tinggal bersama kami, badan Snow jauh lebih cepat membesar berbanding Sky). Sayang sungguh nampaknya si Snow pada Sky, sampaikan tiap kali lepas bergusti dia akan jilat badan Sky hinggalah hari ini.
Petang tadi ayah kelam kabut nak tukar pelampung tangki air... asyik tak menjadi jer. Ingatkan paip utama berdekatan meter sudah ditutup kuat, rupa2nya air masih keluar dengan laju ditangki atas. Pemasangan tidak kemas pelampung baru akibat daripada tidak menggunakan 'white tape' (ingatkan ada stok lama dalam tool box) menyebabkan air bersemburan hingga membasahkan syiling dan menitis ke tangga dan ruang tamu. Habis basah rumah. Turun bawah tutup semula paip utama berdekatan meter air dan semua nampak tak ada lagi air mengalir. Nampak Snow pergi buang hajat dan Sky menghabiskan sisa2 makanan. Sebelum tu, kedua2nya bermain2 dengan emak kat laman rumah.
Jam sudah 5:20pm, masih sempat lagi kalau pergi kedai hardware cari white tape untuk siapkan kerja2 tukar pelampung tangki air. Emak dah masuk rumah. Ayah juga masuk rumah kerana nak ambil baju, dompet dan kunci kereta. Sky dan Snow masih diluar, sudah tentu tempat makan.
Dalam keadaan tergesa2 kerana nak mengejar masa, kerana biasa kedai hardware tutup sekitar jam 5:30pm atau 6:00pm... masuk kereta terus undur ... geduk..geduk.. bunyi tayar kereta... alamak .. paip getah ke anak kucing. Pelan2 undur lagi sampai kereta keluar pagar.... MasyaAllah... Snow sudah tergolek menggelupur pelan manakala Sky bertempiaran lari. Allahhhhhhh.... bila-masa lah pulak diorang ni main kat bawah kereta.. tadi elok jer duk kat tempat makan dan tempat buangan. MasyAllah. 'Maaaa.... Maaaa... ' pekik ayah. 'Ya', jawab emak. 'Snow dah mati!!!!... kena langgar!!!', jawab ayah lagi.... 'Allahhhhhhhh.... baru main dengan Ma tadi, baru nak buat susu, kenapa tak tengok.... ' jerit mak sambil berlari kearah ayah dan Snow sambil menangis.....
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ begitulah kesudahan kisah Snow.. belum pun sampai 3 minggu bersama kami, tapi dia pergi dulu. Allah pinjamkan sekejap saja pada kami, belum sempat kami memberikan kasih sayang sepenuhnya padanya, tapi dia ditakdirkan pergi dulu.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )
Semoga semuanya bersabar dan jangan marah ayah kerana kecuaian, terimalah dan redholah dengan ajalnya. Cuma kematiannya agak tragis. Kakak Nur Nadhirah khususnya yang mula2 memandikan dan menamakan Snow jangan bersedih lagi seperti kematian Niki dulu. Kakak hanya memandikan sekali dan sekadar memberikan nama kemudian balik asrama. Begitu juga Abang Iskandar tak perlu bersedih kerana abang tak lama dengan diorang, tetapi orang yang banyak bersama dengannya adalah ayah dan ahli keluarga kat rumah ni. Tabahkan hati apabila membaca coretan ayah ini.

Cuma yang kesiannya sekarang adalah Sky, kerana tiada lagi teman dan kawan untuk bermain... kesian sungguh tengok Sky. Semoga Allah panjangkan umurnya untuk bersama2 kami sekeluarga.
p/s: Sejak kali pertama tangkap gambar Snow dan Sky hingga kini belum ada lagi gambar2 terbaru kerana ayah ingat nak tunggu bagi besar sikit, tunggu bulu lebat baru nak tangkap semula. Dah tak ada rezeki nak buat kenangan gambar2 Snow dan Sky bermain2 dan bergusti.
Wednesday, February 27, 2013
Perginya Si Pipit
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Anak pipit akhirnya menyusul pemergian si merbok. Tak dapat dipastikan pukul berapa mati, mungkin tengahari. Kedua2nya ditanam disebelah kanan kubur Niki. Takde gambar..
Perginya Si Merbok
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Pergi juga si merbok.... Balik dari surau solat subuh tadi nampak macam ok jer walaupun kelihatan agak lesu. Tak pasti samada makan atau tidak kerana pagi semalam sebelum kena balun dengan budgie nampak makan ok jer. Kalau tengok dari rupa melecet tu macam boleh sembuh, tapi pengalaman yang lalu menunjukkan biasanya kalau kena terkam di kucing alamat umur tak panjang lah. Mungkin luaran nampak ok, tapi dalaman kita tak tahu atau mungkin juga kerana disebabkan oleh bisa gigitan dan kesan cengkaman kuku kucing. Dia menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 07:30am 27 Feb 2013. Takde gambar ...malas nak tangkap.
Tuesday, February 26, 2013
Merbok Kena Balun
Kesian kat merbok kena balun dengan budgie. Tak perasan bila masa depa duk pakat balun... pagi tadi nampak ok jer ... habis darah2 kat belakang.... terpaksa buat pengasingan.. mudah2an selamat.
Monday, February 25, 2013
Burung Merbok
Petang tadi satu lagi sesi menyelamat dilaksanakan. Kali ni burung merbok pula yang ditangkap oleh kucing adik ipar @ paksu. Kesian ... sebahagian besar bulu2 kat belakang dah habis tercabut, tapi takdelah sampai terkoyak kulit.... cuma nampak macam melecet je. Paksu dah letak ubat gamat, kira oklah kot. Buat sementara ni kami letakkan dalam sangkar burung budgie. Harap2 dia boleh hidup.
Anak Burung
Semalam semasa Amirah main basikal terjumpa anak burung tepi layang atap. Agaknya jatuh dari bumbung. Tak pasti burung apa, tetapi kebiasaan yang selalu berterbangan dan bersarang kat layang atap rumah ni ialah burung pipit/ciak rumah dan burung perling jer. Biasanya kalau jatuh samada mati terus atau umur tak panjang. Tak tahulah berapa lama dia boleh bertahan. Nak jaga macam ibunya pun tak reti, jadi kami bagi jer lah makan ikan rebus .... kongsi ikan Sky dan Snow dan titik air atau susu guna syringe.
Thursday, February 21, 2013
Rocky The Cockatiel
Lama dah nak tangkap gambar Rocky tapi tak berkesempatan. Lepas puas pujuk supaya tak terbang inilah hasilnya. Walau bagaimanapun gambar ini ditangkap sekitar jam 1:30 - 2:00 am / 21 Feb 2013. Mata pun ngantuk jer. Kalau sebelah siang gerenti tak boleh, kerana dia sangat aktif terbang sana sini. Satu perkembangan menarik tentang Rocky ialah dia dah kurang menggigit... agaknya dah kenal tuan ke .. apa ke.. tak pasti lah. Dia ni kalau gigit pasti darah. Ikmal .. inilah sahaja gambar Rocky yang ayah tangkap... kesian kat dia.. mata ngantuk pejam celik ... pejam celik... tersengguk2.
Monday, February 18, 2013
Perginya Hero
Tengahari ni baru perasan Hero mati. Sebenarnya dah lama sakit. Rasanya sejak beli lagi memang dah sakit sebab emaknya tak perasan. Dah lama cirit dan ada jangkitan kulat pada kaki, tapi punca kematian sebenar tak lah kami tahu samada kerana benar2 sakit atau kerana gaduh dengan lain2 budgie. Dah banyak hari kami semua tak main dengan Hero.... ermmm tak panjang umur dia. Dia adalah burung budgie yang paling jinak, boleh buat main dan takde gigit2. Selamat tinggal Hero.
Thursday, February 14, 2013
Lau Kaana Bainana
Orang sambut hari kekasih hari ni, mudah2an Rasulullah menjadi kekasih sejati kita
Wednesday, February 13, 2013
Yeahhh .. semua dah bernama
Semua penghuni baru dah ada nama. Male cockatiel kami namakan Rocky dan anak kucing belang kelabu kami namakan Sky. Waahhhh... korang semua nama ala-ala mat salleh lah. Nama2 ni takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati ye. Saja2 jer sekadar senang, ringkas dan mudah dipanggil atau diingat.
Rocky semakin bising mulutnya . Frekuensi suaranya cukup tinggi. Nyaring sungguh kicauannya. Kalau duduk dekat memang bingit telinga dibuatnya. Pagi ni dah macam2 nada siulan dah keluar .. agaknya cerdik jugak cockatiel ni ye. Ikmal pulak memanjang letak tab kat depan dia bagi dia tengok youtube. Kalau bawak masuk rumah biasanya dia senyap jer. Agaknya sebab letak sebelah sangkar budgie ke atau panggil geng tak pasti pulak. Tapi dua spesis ni memang tak boleh campur. Kang tak pasal sibudgie kena gigit.
Dua2 anak kucing snow dan sky dah mula kencing berak dalam bekas pasir, tapi kena 'atur' lah.Tak berani lepas sembarangan. Kang tak pasal buang kat karpet ... naya jer. Buat sementara waktu kena kurung dalam sangkar dulu dan letak kat luar, lagipun ada sekor bapak jantan yang kami duk gelar gangster kerap datang sejak semalam. Dulu sebelum kematian kucing kesayangan, Niki, ada 2 jantan yang selalu gaduh dengan Niki. Tak lama selepas Niki mati, salah sekor jantan tu pun mati tak pasti kenapa, diracun orang atau apa tapi mati dibelakang rumah jiran. Sigangster kalau datang mesti bersebab... kalau setakat nak datang makan jer kami tak kisah pun, tapi selalunya datang mesti sebab nak attack. Jadi buat sementara biarlah sky dan snow duduk dalam sangkar dulu... lebih selamat ... maaf ye snow dan sky..

Tuesday, February 12, 2013
Budgie Birds
Dari 9 ekor budgie kini cuma tinggal 7 ekor. 2 ekor dah terlepas. Susah juga nak menjinakkan burung ni. Asyik kena gigit jer dan boleh sampai darah. Dari kesemua ni hanya Grey dan Hero yang boleh tangkap buat main dalam rumah,,, tapi kena pastikan off-kan kipas dan tutup semua pintu dan tingkap. Kang terbang keluar tak pasal. Lagi 5 ekor tak mesra alam langsung.
Lucida
Mauve
Albino
Horry
Rio
Grey
Hero
Monday, February 11, 2013
Anak kucing kacukan siam dan tempatan.
Anak kucing yang berusia sekitar 2 bulan (lahir 25 Dis 2012) yang baru diambil oleh Nur Amirah dan emaknya kat Bt4.
Terpaksa pilih 2 ekor dan kami pilih belang kelabu sebelah kiri dan yang berwarna putih.
Dah buat pilihan apa lagi.. mandilah dulu.
Nur Nadhirah dan Nur Amirah mandikan untuk yang mula2 ni. Kome belajar2 lah yer macamana nak menguruskannya.
Yeaaa... dah siap blow ... bersih tak.
tapi kutu masih ada... nak kena cari ubat lepas ni. Yang putih kakaknya namakan SNOW. Yang belang kelabu belum ada nama lagi.
Saturday, February 9, 2013
Cockatiel
Male Cockatiel
Male Cockatiel yang di beli untuk Muhammad Ikmal sebagai hadiah dapat 8A dalam UPKK 2012 .
Harga RM250.00
Tarikh 9 Feb 2013
Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Cockatiel
Male Cockatiel yang di beli untuk Muhammad Ikmal sebagai hadiah dapat 8A dalam UPKK 2012 .
Harga RM250.00
Tarikh 9 Feb 2013
Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Cockatiel
Subscribe to:
Posts (Atom)